Alhamdulillah…

Posted in Uncategorized on December 28, 2009 by ustadzmuda

Assalamualaikum wbt…

sudah lebih 6 bulan aku  tidak singgah di blog untuk menukilkan pelbagai peristiwa yg berlaku..mungkin sentuhan kali ini sebagai rangkuman detik2 itu penutup bagi tahun 2009…

Antaranya buat pertama kali dalam sejarah MPP Usim menganjurkan Karnival Mahasiswa,mungkin banyak kekurangan yg berlaku dalam penganjuran..tp,itulah dinamakan pengalaman utk diperbaiki dari masa ke semasa..Alhamdilillah,selesai sudah…

Dalam sibuk2 jadi MPP,dawat tawaran jadi imam di Masjid Qariah Batang Benar..moga2 aku di jalan yang benar..kini dah hampir 3bulan aku bertugas di sana..syukur,dah dapat sesuaikan diri dgn penduduk kg ini dan boleh bahagikan masa antara belaja,bertugas dan tanggungjawab yg lain dengan baik..alhamdulillah…

Yang paling membuatkan aku bersyukur,sekarang sudah bergelar seorang suami…perkara yg aku paling nak elakkan ialah bernikah ketika belajar..namun,semuanya dah menjadi suratan dan ketentuan Ilahi..nikah jugak aku..dulu kawan2 ajak sambung mesir aku tak minat,atas alasan takut kawen kat sana..rupanya kalau nak kawen nie,kat mana2 pun boleh kawen..tak payah tunggu g mesir ngan uia,kat usim pun boleh…terima kasih zaujahku (Norizan A Razak)  yg memahami kesibukanku..

Alhamdulillah..segala urusan dah selesai,hutang piutang xder..betol la islam cakap,kawen nie murah rezeki.. dalam xsangka2..selama 3tahun aku menceburi bidang debat bahasa arab di USIM,akhirnya..dapat juga mengharumkan nama usim dipersada debat diraja..pasukan debatku bersama dgn wong ngi syam (Hisyam Hanafi),Bro Izzat (Mohd Izzat Amsyar)dan penyelidik team kami Syahir Mat Amin yg bertungkus lumus membantu sehingga najah akhirnya di pentas akhir debat diraja UM 2009 tahun ini..

Kami pun xsangka langsung dalam keadaan tiada persediaan rapi,mampu juga menggalahkan gergasi debat arab Malaya,UIAM..namun tu la kata org,kalau dah rezeki..xkemana..terima kasih ustaz2 yg banyak membantu,dan team junior..hani,naim,maisarah dan daus..moga kalian meneruskan perjuangan ini dan mengekalkan kejuaraan ini pada zaman2 mendatang..alhamdulillah..

Perkara yang paling xdisangka2..aku bakal bergelar abi 7bln lebih lagi..zaujahku prgnnt,bak kata org lama (bunting pelamin)..namun yang paling kesian,dia dok tanggung sorang2 kat Jordan..zaujahku mengikuti program kursus bahasa arab selama 40hari di Yarmok University bersama 4lagi student Usim yang lain,program ini ditaja oleh pihak USIM sepenuhnya….namun,aku harapkan dia tabah menaggung amanah Ilahi kepada kami..minggu nie dia balik la..

mungkin banyak lagi yang xdapat nak dicoretkan diruangan ini..namun segala yg berlaku ada hikmahnya.. alhamdilillah..syukur byk2 pd Allah..sblm mengakhiri kalam ini,muhasabah itu perlu dalam kehidupan,moga yg baik itu diteruskan,yg buruk itu ditinggalkan..moga iman dan taqwa kita lebih bertambah kepadaNya..

alhamdulillah…

Advertisements

“Samseng Jalanan, Apa Peranan Mahasiswa?”

Posted in Uncategorized on June 17, 2009 by ustadzmuda

Bismillahirrahmanirrahim…

Pada tanggal 16 Jun disiarkan rakaman Suarasiswa di TV 1 yang mengenegahkan Dr. Fazly sbg moderator bersama dengan tiga ahli panel jemputan iaitu, Mursyidi dr Uitm, Najib Taha dr USIM dan Amiruddin dr Kelab Debat UPM. tajuk hangat yang dibincangkan adalah mengenai samseng jalanan,apa peranan mahasiswa? perdebatan dan lontaran idea telah disumbang oleh panel jemputan mengenai isu yang dibangkitkan. Antaranya punca berlaku gejala ‘Mat Rempit’.

Adakah ibubapa sahaja yang perlu disalahkan?atau pihak2 yang lain turut dipertanggungjawabkan mengenai kebejatan budaya samseng jalanan?melihat kepada isu yang makin meruncing dan menjadi virus moral dan budaya hidup dikalangan muda-mudi kita, ia perlu dibenteras sama hebat sepertimana kita membenteras masalah dadah yang menjadi musuh utama negara. Adakah setelah ia menjadi musuh  utama negera,baru laha kita terhegeh2 nak benteras?

Pelbagai cadangan untuk membantu mat rempit melempiaskan hobi mereka dengan cara yang beyul, ada cadangan agar dibuat litar khas dan tertutup bg memenuhi kehendak dan hobi mereka. Namun kita perlu ingat, mereka merempit bukan kerna nama semata2, tetapi sebagai hobi dan mencari kepuasan. Apa yang mereka inginkan adalah cabaran dalam perempitan. Mereka mahu mencilok, melanggar undang2 lalu lintas dan bila terbarai dan meninggalkan kesan parut di badan mereka,barulah dianggap sebagai anak jantan.

Realiti kehidupan mat dan minah rempit adalah, mereka suka bergerak dalam bentuk berkumpulan dan rasa gah bila menguasai jalan2 raya utama dibandar mahu pun kampung. Isu mat rempit nie tak sekadar dibandar2 besar, malah dikampung dan felda juga menjadi trend. Sedihnya anak2 kecil pun sedah terikut dengan cara dan kehidupan mat rempit.

Paling ditakutkan setelah memperolehi status baru sebagai ‘samseng jalanan’ mereka lebih gah dan bangga dengan nama tersebut. Orang yang ‘nakal’ nie lagi bangga dengan jolokan yang lebih menggambarkan kehebatan mereka. Dengan istilah seumpama ini menyumbang kpd kadar jenayah yang lebih tinggi, mreka bukan sahaja menggangu gugat keselamatan pengguna jalan raya yang lain, malah turut terlibat dengan jenayah, pertaruhan haram, penzinaan, mencuri dan meragut. Kebanyakan mereka ini tergolong dr kalangan mereka yang tidak berpelajaran tinggi dan x bekerja, jd nak penuhkan keperluan kehidupan seperti makan,minyak motor dan wang pertaruhan, mereka sanggup melakukan jenayah seperti mencuri kenderaan dan meragut.

Cara untuk menyelesaikan isu ini tak lain dan xbukan adalah dengan mencari punca dr mana datangnya gejala ini, anak2 itu lahir umpama kain putih dan ibubapa lah yang mencorakkan mereka. Pendidikan agama dan ketegasan dalam pendidikan itu amat diperlukan dlam mendidik anak2. Kerana zaman ini merupakan zaman fitnah. Yang leka akan binasa. Semua pihak kena berganding bahu, tetapi golongan mahasiswa adalah golongan sebaya yang perlu menyumbang bakti dalam menyelesaikan isu dan masalah ini kerana meraka adalah golongan belia yang elit.

Ingatlah, mungkin kita hari ini selesa dengan kenikmatan yang kita perolehi, tapi ingatkah kita yang mereka juga ingin berjaya dalam hidup, dan mempunyai matlamat hidup yang jelas. Jadi kitalah golongan mahasiswa yang perlu mengenegahkan diri dalam membantu menyelesaikan masalah ini. Mahasiswa perlu menjadi IKON kepada golongan remaja lai. Ingat! andai kita terjerumus dalam kehidupan mereka, kita juga pasti belum selamat dr ujian tersebut.

Ayuhlah wahai pemerintah, pendidik, penguatkuasa, ibubapa, rakan2 sebaya dan seluruh rakyat Malaysia kita berganding bahu menyahkan ‘virus moral’ ini, agar kita mampu menbangunkan negara kita dengan terbinanya pemuda pemudi yang boleh diharapkan dalam melestarikan kedamaian dan keunggulan agama, bangsa dan negara.

“Bersama Melupuskan Budaya Samseng Jalanan”

Konvensyen Kebangsaan MPP IPTA 2009

Posted in Uncategorized on May 26, 2009 by ustadzmuda

Alhamdulillah..

Kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Ilahi,setelah menempuhi perjalanan lebih kurang 3 jan lebih,sampai jugak ke UTHM.. Bermula 15-20 Mei..akan berlansung Konvensyen Mahasiswa Kebangsaan MPP IPTA 2009..program nie akan diselitkan dengan pembentangan kertas kerja oleh setiap wakil mahasiswa dr IPTA yang tersenarai..Xketinggalan, USIM juga akan membentangkan kertas kerja dalam topik pembangunan sahsiah..

Nie 1st time nak bentang kertas kerja..moga Allah permudahkan segala urusan esok..moga semuanya dibawah naugan Allah..antara inti pati pembentangan adalah peneranagn secara dakik isu2 sahsia hari ini,seterusnya mengenai kaedah penyelesaian kepada permasalahan tersebut. Cadangan untuk perkara tersebut adalah pembelajaran secara berterusan dan diaplikasikan di peringkat IPT seluruh negara. dengan meletakkan subjek tersebut sebagai subjuk wajib diambil oleh semua penuntut..

Moga najah….

Kuliah Maghrib di Masjid Mantin Dalam

Posted in Uncategorized on May 26, 2009 by ustadzmuda

Salam Perubahan..

Pada hari sabtu yang sudah23 Mei 09 dapat jemputan menyampaikan kuliah maghrib di masjid kg Mantin Dalam. tajuk yang diberi bebas,jadi malam tu penekanan dalam aspek pemahaman terhadap ilmu dan fardu kifayah.Realiti yang berlaku hari ini,ibubapa amat bimbangkan anak2 yang xpandai matematik dan sains dari risaukan anak2 yang xreti solat,mengaji dan paling mengaibkan ada anak2 remaja yang masih xtahu mandi wajib.

Sedarlah wahai ibubapa moden!!!

Anak-anak merupakan harta yang paling berharga,spt mafhum dr sabdaan nabi yang menyatakan bila matinya anak adam,terhapus lah segala amalannya, melainkan sedekah jariah,anak yang soleh dan ilmu yang bermanfaat. Namun realitinya,anak-anak jauh dr tarbiah ISlam yang sebenar.Perkara ini dianggap enteng oleh ibu bapa. Setakat nak serahkan pengajaran agama pada ustaz dan ustazah di sekolah dengan subjek JQAF tak memadai! Anak-anak hari ini perlukan lebih didikan dirumah. Ibubapa perlu bertindak sebagai ‘GURU” yang paling rapat dengan anak-anak.

HAkikat yang berlaku,masjid- di kawasan kampung hari nie, hanya dipenuhi golongan vateran yang dah meniti saat akhir usia meraka sahaja. Mana pelapis sbg IMAN?BILAL?dan mana anak-anak muda yang bakal menjadi pewaris kepimpinan kariah mereka?kemana!!!!Jangan pelik suatu hari nanti kita terpaksa menguruskan jenazah ahli keluarga kita menggunakan khidmat consultant! Percayala…andai tidak diambil jalan penyelesaiannya,masyarakat kariah,pekan dan bandar akan lebih jauh dari menghayati Islam dengan erti kata yang sebenar.

Ayuh lah kita mula dari saat ini..berubah la..moga ada sinar dalam kehidupan kita nanti..

Selamat datang adik-adik tamhidi USIM…

Posted in Uncategorized on May 26, 2009 by ustadzmuda

salam perubahan…

beberapa minggu nie xsempat nak update blog nie..maklum la sibuk dengan kerja2 di opis n xpasal2 jer dilantik sebagai pengarah bg mgu taaruf tamhidi..pada asalnya usim menawarkan sebanyak 700 tempat,tapi pd hari endaftaran hanya 4++ lebih jer yang datang..Alhamdulillah..yang hadir nie bukan calang2 pelajar..mereka adalah pelajar yang terpilih n cemerlang dala SPM yang lepas..moga dengan kehadiran meraka akan mencipta sejarah baru di USIM pada masa hadapan..kita menuju ke arah perubahan dan penjanaan minda mahasiswa yang pragmatis dan metamorfosis..yang penting adalah kualiti,bukan kuantiti semata..negara hari ini ketandusan pemimpin yang mampu mengembalikan keyakinan rakyat kepada tampuk pemerintahan yang sedia ada..ayuh adik2ku,,bangun dan bangkitlah mencipta sejarah!!!

Mahasiswa Pemacu Minda Pragmatis

Posted in Uncategorized on May 13, 2009 by ustadzmuda

….السلام عليكم ورحمة الله و بركاته

Salam Pragmatis buat semua pembaca…

Kita renungkan seketika firman Allah Ta’la yang bermaksud: “sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah diri mereka sendiri”….Mendepani cabaran semasa dan mendatang,mahasiswa merupakan agen perubahan dalam memacu pembangunan sesebuah negara yang bercorak lebih metamorfosis. Mahasiswa perlu mencipta krisis demi mencipta keunggulan yang bersifat radical change. Rentak politik yang semakin menuju ke arah kematangan ini perlu dijadikan ruang kepada mahasiswa untuk mengorak langkah.

Pemikiran dan ideolagi mahasiswa tidak lagi boleh disekat oleh mana-mana pihak jika ingin melahirkan pemimpin yang benar-benar berjiwa besar dan mampu memimpin pembangunan negara. Konsep demokrasi perlu diadaptasikan dalam konteks yang meluas. Sikap prejudis sesetengah pihak menyebabkan mahasiswa mengalami kelesuan minda dan tindakan. Jika ini berterusan,masalah yang timbul adalah kebejatan masalah kepimpinan dalam tempoh yang mendatang.

Saya tertarik dengan kata-kata Suharto ” jika diberikan 10 pemuda,saya yakin saya mampu menggegarkan dunia”.. golongan muda hari ini perlu mencipta sejarah dan merancang apa yang perlu diadaptasikan untuk tempoh 10-20 tahun yang akan datang. Virus moral dan pemikiran ini perlu dilupuskan dalam diri mahasiswa! Mahasiswa perlu hadamkan kefahaman mengenai ideologi pemikiran yang ingin dibawa,seandainya ingin melihat pempentukan minda yang prakmatis ini terlaksana.