Mahasiswa Pemacu Minda Pragmatis
….السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
Salam Pragmatis buat semua pembaca…
Kita renungkan seketika firman Allah Ta’la yang bermaksud: “sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah diri mereka sendiri”….Mendepani cabaran semasa dan mendatang,mahasiswa merupakan agen perubahan dalam memacu pembangunan sesebuah negara yang bercorak lebih metamorfosis. Mahasiswa perlu mencipta krisis demi mencipta keunggulan yang bersifat radical change. Rentak politik yang semakin menuju ke arah kematangan ini perlu dijadikan ruang kepada mahasiswa untuk mengorak langkah.
Pemikiran dan ideolagi mahasiswa tidak lagi boleh disekat oleh mana-mana pihak jika ingin melahirkan pemimpin yang benar-benar berjiwa besar dan mampu memimpin pembangunan negara. Konsep demokrasi perlu diadaptasikan dalam konteks yang meluas. Sikap prejudis sesetengah pihak menyebabkan mahasiswa mengalami kelesuan minda dan tindakan. Jika ini berterusan,masalah yang timbul adalah kebejatan masalah kepimpinan dalam tempoh yang mendatang.
Saya tertarik dengan kata-kata Suharto ” jika diberikan 10 pemuda,saya yakin saya mampu menggegarkan dunia”.. golongan muda hari ini perlu mencipta sejarah dan merancang apa yang perlu diadaptasikan untuk tempoh 10-20 tahun yang akan datang. Virus moral dan pemikiran ini perlu dilupuskan dalam diri mahasiswa! Mahasiswa perlu hadamkan kefahaman mengenai ideologi pemikiran yang ingin dibawa,seandainya ingin melihat pempentukan minda yang prakmatis ini terlaksana.
May 25, 2009 at 2:45 am
slm..
maka, ambil lah prinsip suharto tu..
moge ia jd inspirasi u lahirkan jiwa2 y dpt gegarkan dunia ni ngn keizzahan islam
=)slm juang..