Bismillahirrahmanirrahim…
Pada tanggal 16 Jun disiarkan rakaman Suarasiswa di TV 1 yang mengenegahkan Dr. Fazly sbg moderator bersama dengan tiga ahli panel jemputan iaitu, Mursyidi dr Uitm, Najib Taha dr USIM dan Amiruddin dr Kelab Debat UPM. tajuk hangat yang dibincangkan adalah mengenai samseng jalanan,apa peranan mahasiswa? perdebatan dan lontaran idea telah disumbang oleh panel jemputan mengenai isu yang dibangkitkan. Antaranya punca berlaku gejala ‘Mat Rempit’.
Adakah ibubapa sahaja yang perlu disalahkan?atau pihak2 yang lain turut dipertanggungjawabkan mengenai kebejatan budaya samseng jalanan?melihat kepada isu yang makin meruncing dan menjadi virus moral dan budaya hidup dikalangan muda-mudi kita, ia perlu dibenteras sama hebat sepertimana kita membenteras masalah dadah yang menjadi musuh utama negara. Adakah setelah ia menjadi musuh utama negera,baru laha kita terhegeh2 nak benteras?
Pelbagai cadangan untuk membantu mat rempit melempiaskan hobi mereka dengan cara yang beyul, ada cadangan agar dibuat litar khas dan tertutup bg memenuhi kehendak dan hobi mereka. Namun kita perlu ingat, mereka merempit bukan kerna nama semata2, tetapi sebagai hobi dan mencari kepuasan. Apa yang mereka inginkan adalah cabaran dalam perempitan. Mereka mahu mencilok, melanggar undang2 lalu lintas dan bila terbarai dan meninggalkan kesan parut di badan mereka,barulah dianggap sebagai anak jantan.
Realiti kehidupan mat dan minah rempit adalah, mereka suka bergerak dalam bentuk berkumpulan dan rasa gah bila menguasai jalan2 raya utama dibandar mahu pun kampung. Isu mat rempit nie tak sekadar dibandar2 besar, malah dikampung dan felda juga menjadi trend. Sedihnya anak2 kecil pun sedah terikut dengan cara dan kehidupan mat rempit.
Paling ditakutkan setelah memperolehi status baru sebagai ‘samseng jalanan’ mereka lebih gah dan bangga dengan nama tersebut. Orang yang ‘nakal’ nie lagi bangga dengan jolokan yang lebih menggambarkan kehebatan mereka. Dengan istilah seumpama ini menyumbang kpd kadar jenayah yang lebih tinggi, mreka bukan sahaja menggangu gugat keselamatan pengguna jalan raya yang lain, malah turut terlibat dengan jenayah, pertaruhan haram, penzinaan, mencuri dan meragut. Kebanyakan mereka ini tergolong dr kalangan mereka yang tidak berpelajaran tinggi dan x bekerja, jd nak penuhkan keperluan kehidupan seperti makan,minyak motor dan wang pertaruhan, mereka sanggup melakukan jenayah seperti mencuri kenderaan dan meragut.
Cara untuk menyelesaikan isu ini tak lain dan xbukan adalah dengan mencari punca dr mana datangnya gejala ini, anak2 itu lahir umpama kain putih dan ibubapa lah yang mencorakkan mereka. Pendidikan agama dan ketegasan dalam pendidikan itu amat diperlukan dlam mendidik anak2. Kerana zaman ini merupakan zaman fitnah. Yang leka akan binasa. Semua pihak kena berganding bahu, tetapi golongan mahasiswa adalah golongan sebaya yang perlu menyumbang bakti dalam menyelesaikan isu dan masalah ini kerana meraka adalah golongan belia yang elit.
Ingatlah, mungkin kita hari ini selesa dengan kenikmatan yang kita perolehi, tapi ingatkah kita yang mereka juga ingin berjaya dalam hidup, dan mempunyai matlamat hidup yang jelas. Jadi kitalah golongan mahasiswa yang perlu mengenegahkan diri dalam membantu menyelesaikan masalah ini. Mahasiswa perlu menjadi IKON kepada golongan remaja lai. Ingat! andai kita terjerumus dalam kehidupan mereka, kita juga pasti belum selamat dr ujian tersebut.
Ayuhlah wahai pemerintah, pendidik, penguatkuasa, ibubapa, rakan2 sebaya dan seluruh rakyat Malaysia kita berganding bahu menyahkan ‘virus moral’ ini, agar kita mampu menbangunkan negara kita dengan terbinanya pemuda pemudi yang boleh diharapkan dalam melestarikan kedamaian dan keunggulan agama, bangsa dan negara.
“Bersama Melupuskan Budaya Samseng Jalanan”